BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 13 May 2010

Air Mata Tikar Sembahyang

Semalam....


Tatkala purnama masih terang menyimbah cahaya ke bumi, tatkala sang kelembai masih enak diulit mimpi, tatkala embun subuh membasahi dedaun yang menghijau dan tatkala aku duduk seorang diri menahan kesejukan hempasan angin malam yang membeku.


Aku sejuk.
Menggigil.
Bukan dek ketakutan tetapi dek kesejukan malam itu.




Lantas pagi itu...
Aku bangun menggerakkan hati memaksa diri berdiri. Berjalan bukan berlari. Dengan langkah yang senyap tetapi penuh yakin. Bebekalkan sekeping hati, aku melangkah masuk.



Air yang mengalir pagi itu dingin tapi tidak pula membeku. Kedinginannya menusuk liang-liang di mukaku. Tangan aku basuhi dengan sempurna. Kuusap air dingin itu ke ubun-ubunku. Ku alirkan air dingin itu ke kakiku. ku ratakannya dari telapak kaki hingga ke buku lali. Aku dapat merasakan, air dingin itu membawa pergi dosa-dosaku. Jika dapatku lihat, pasti basuhan itu hitam, pekat, likat warnanya.




Owh........................




Owh, terlalu banyak aku menanggung dosa,
Beban pahala pula aku jinjing dengan mudah.
Adilkah aku???
Pada diri sendiri?



Keadaan dinihari itu..



Senyap


Sunyi


Sepi



Gelap


Gelita



Aku rangkul kekuatan itu. Berdiri sebagai seorang hamba.

Yang maha hina

Yang amat kerdil

Yang sangat berdosa





Satu demi satu aku lakukan. Aku niatkan kerana Dia. Aku Rukuk Kerana Dia, Aku sujud juga kerana Dia. Aku menggunakan lafaznya tanpa henti.


Taubah;

Tahajjud;

Hajat;

Witir.



4 mereka bersatu malam itu. Dengan niat yang ikhlas....Aku pasti, Ya aku pasti keihklasan itu wujud pagi itu.


Tatkala leka merukuk, tatkala asyik sujud ke hadratNya,air mata jernih it mengalir tanpa henti. Deras. Tak mampu aku mencari kudrat menghentikannya. Ia mengalir, dan terus mengalir. Deras dan semakin deras. Esakan diriku yang hina mulai mengetuk gegendang telingaku, memecah kesunyian.


Dalam solat itu......
Teringat aku dosa yang lalu,
Terkenang aku maksiat dahulu,
Tersentak aku dek kesalahan lepas.


Aku dahulu....
Begitu dan begini,
Di situ dan di sini,
Itu dan ini...


Tikar sembahyang itu jarang-jarang aku sentuh. Kalam hikmahnya jarang-jarang aku ungkapkan. Tapi dunia yang aku hebohkan. Dosa yang aku banggakan. Maksiat yang aku canangkan. Apakah??


Pagi itu,
Air mata itu keluar membebaskan debu-debu dosa dahulu. Tikar solat itu semakin berat menampung linangan keji aku. Linangan penyesalan dan kekesalan menjadi topeng wajahku dinihari itu. Aku sedar, aku selama ini......




Berlari jauh dari cahaya itu;
Tapi mengejar lubang hitam yang tak kutahu dasarnya.





Pagi itu, aku terasa sangat baharu.


Sahabatku di situ, aku peluk. Erat. Mengalir air mata ini. Sekali lagi.
Sahabat ini, aku tatap. Menangis pula hati kecil aku.
Sahabat di sana, aku tertawa bersamanya, Terasa nikmat Silaturrahim itu.
Sahabat di sini, aku bermain kata dengannya. Hilang kesunyian itu.




Pagi itu,
Tikar sembahyang menyedarkan aku.
Aku tersentak dari lamunan..


Aku kini berjalan ke belakang mencari persimpangan yang dahulu.
Mengutip kuntuman pahala,
Menabur kelopak dosa.




Tuhan,
Aku rindu Kamu.







Muhamad Safwan Pevensie

0 comments: