BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 22 May 2010

C.R.U.S.H



ATTENTION!!


SAFWAN - CRUSH - SOMEONE.


Her lips spell S
Her eyes speak W
Her mouth wrote E
Her body shape says E
Her heart pronounces T


Devilishly sweet, Sizzling beauty, Gorgeously indescribable.




SWEET!!!
SWEETY PIE STRAWBERRY MUNCHKIN DIPPED CHOCOLATE






Muhamad Safwan Pevensie

Tuesday 18 May 2010

Penyesalan Seorang Aku

Aku adalah aku
Aku bukan kau,
Aku bukan kamu,
Aku bukan dia;
Aku bukan mereka.


Kau juga bukan aku,
Kamu juga bukan aku,
Dia bukan juga aku,
Mereka juga bukan aku.


Aku tahu aku adalah aku,
Tapi aku hanyut dalam aliran deras kau itu,
Aku lemas dalam anjakan paradigma yang kamu uar-uarkan,
Aku terjatuh dalam gaung fantasi dia,
Dan aku juga terjerat dalam dunia kosong mereka.


Aku hebah gegak gempita menjerit aku kini kau,
Aku laung pecah kesunyian aku kini kamu,
Aku tempik, teriak sekuatnya aku kini dia,
Aku canang seluruh pelusuk aku kini mereka.


Aku kini bergelumang di antara kau, dia, kamu dan mereka.
Aku mencari aku yang aku kenali,
Tapi aku sesat dihimpit diinjak kesemua mereka.
Aku menjadi kesemua mereka.
Aku sesal, aku kesal, aku kecewa.


Tapi,
Aku dikejut disambar kilat perubahan,
Jalan keluar ke kota realiti penuh kebahagian dan kesucian itu aku temui di celah-celah mereka.
Aku selit tubuh genit kecil ini dalam kesesakan itu,
Aku capai pintu itu,
Aku buka tirai itu.
Lantas lembayung itu memancar merubah aku.

Kini aku berjalan.
Di kiri aku ada kau,
Di kanan aku ada kamu,
Di antara aku, kau dan kamu ada dia,
Di belakang aku penuh dengan mereka.


Kini,
Aku berjalan memasak perubahan,
Mencanai segala kemungkinan,
tanpa perlu menjadi pengikut buta,
Kini aku ketuai airan hidup,
Kerna baru aku sedar.....


Aku adalah aku,
Dan aku yang mengawal layar nafsuku,
Lantas mengawal arus dunia kecil ini.
Bangga aku dengan diriku.




Muhamad Safwan Pevensie

Thursday 13 May 2010

Bagi Kau Yang Menanti

Aku duduk
Jari ini menari dan berdansa di atas kekunci putih ini.
Laju mereka bergerak. Tidak terlalu pantas. Tapi tak pula terlalu perlahan.



Rakan itu,
Rakan ini,
Rakan yang di sana dan di situ.
Semuanya bertanya tentang kewujudan blogku.
Bukan aku tidak mahu berkongsi, tapi aku punya kata hati,
Mereka dan aku tidak sama ideolagi dan cara pikir. Aku begini, mereka begitu.
Anjakan paradigma dari sudut pemikiran itu akan terus berperang sesama sendiri.
Mungkin..,




Kini,
Aku bersedia untu berkongsi.
Tinta bahasa peribumiku aku jadikan medium hubungan ini.
Bahasa penjajajah itu aku lipat dan kusimpan kemas di dalam kocek otakku.
Jika berkeinginan untuk menghias menggunakannya, akan aku tebarkan kata-kata itu.



Aku harap,
Kau, dia dan mereka mampu
Untuk membaca, mengupas dan meniliti satu demi satu cebisan hati.
Fahami dan selami kerna kita hanya manusia biasa. Kau dan aku, Tiada bezanya.



Muhamad Safwan Pevensie

TubeKamu Aku di Situ

Jika kau dapat melihat,
Lihatlah aku.





Aku di situ dan melampat ke sini.
Dari hujung sana terkinja ke sudut ini.
Namun aku gembira. yang amat sangat.



http://www.youtube.com/watch?v=ZREXgg_wLJc&feature=related



Muhamad Safwan Pevensie

PEPE'SEKSA'AN

11,
13,
18,
24,
27.


Tarikh itu.
Hari itu.


Aku perlu menempuh hari-hari penyeksaan peperiksaan,



I am aiming for first class result. I am striving for high distinction result.


Bukan mudah.
Tak pula mustahil.





Tuhan,
Ibu, ayah dan keluarga,
Rakan-taulan dan sahabat-handai,
Tadahkan tangan, doakan kejayaanku kelak....




AMIN...

Muhamad Safwan Pevensie

GLEEK itu Aku

Pagi.
Sejuk.

Penghawa dingin itu aku manipulasi sehingga mencecah takat 16 C. Jam yang dari dahulu berputar menunjukkan tepat jam 11 pagi. Aku sudah dibuai mimpi sejak 3 jam yang lalu. Panggilan dari rakanku, lailatulain tepat jam 1159 benar mengejutkan aku. Aku bingkas bangun, mencapai tuala kuning langsat yang tergantung kemas mengeringkan diri di tepi balkoni berkeluasan 4 kaki itu. Meleraikan satu demi satu pakaianku. Celana itu aku lucut, baju itu pula aku usaikan dari tubuhku. Bilik kecil itu aku masuk, aku kunci dan aku memulakan ibadah harusku.







15 minit....





















Selesai sudah aku membersih diri.

Gerobok itu aku buka. Bukanya gerobok itu luas seluas mataku. Baju inikah atau warna itukah? Akhirnya Elmo berwana merah jambu berjaya menambat hatiku. Aku sarungkannya. Aku padankannya dengan seluar Giordano dan tali pinggang hitam pekat. Haruman aku sembur, 'losyen' aku sapukan, bedak aku tepuk, 'moisturizer' aku ratakan di permukaan kepala di mana rambutku masih rendah dalm populasinya. Jam tangan coklat pekat itu aku kenakan, 'Strangler' coklat likat itu aku pasangkan, stokin itu aku sarungkan dan sepatu 'Sketchers' menjadi penutup peragaan aku pagi itu.




TWEEEEET!!








Pintu kereta aku buka. Enjin yang dari tadi mati aku hidupkan dengan cermat. Aku meluncur selaju 120km/h membelah jalan sempit menuju ke kampus. Aku dan iqbal akhirnya bergegas ke KTM Kajang. Tiket itu aku borong. RM2.60 aku laburkan demi perjalanan ini. Akhirnya, aku dan dia selamat ditempatkan dalam sebuah gerabak. Panas. Padat. Ibarat sardin dimampat padat.






Perempuan itu medukung cahaya matanya;
India itu sibuk pula mengunyah gula-gula getahnya;
Lelaki itu asyik dengan perbualan mayanya;
Cina itu dari tadi menelaah rujukannya;
Pasangan itu pula berpelukan bagai tiada hari esok;
Melayu genit itu pula masih memandang tajam jendela gerabak;
Itulah gelagat manusia siang itu.


Aku dan dia hanya memandang.
Menyumbat gegendang telinga dengan pelbagai genre muzik.
Asyik dibuai halwa telinga itu. Alpa seketika.







MIDVALLEY.




Aku dan dia turun membuka langkah. Terus menuju ke destiansi utama, The Gardens. Terkejut aku di situ kerna ribuan manusia mebanjiri pusat beli belah mewah itu. Ribuan aku katakan.





Tiba-tiba.......












Seorang wanita mengangkat kakinya menarikan tarian bebasnya.
Diikuti pula sekumpulan kanak-kanak kecil.
Ratusan manusia kini meperaga tarian mereka secara serentak.
Gerak gerinya hampir sama. Tersusun tetapi agak kucar-kacir. Tidak sempurna namun kecacatannya tak pula aku titikberatkan. Tidak aku hiraukan segalanya kesalahan kecil itu. Aku kini berada di tengah-tengah banjiran manusia yang sedang berdansa.





WOW!!!
IT WAS GLEE FLASH-MOB DANCE 2010!
AND WE ARE THE TRUE GLEEK EVER!!




Aku dan iqbal turut menari.
Aku bergambar memenuhkan kekosongan kamera-kamera itu.




Pensyarah;
Pelajar;
Para ibu;
Model;

Pereka fesyen;

Pelakon;
Semua memeriahkn tarian dunia,
GLEE itu!!





Aku sungguh gembira. TIDAK TERKATA...
Rakanku bertambah.
Kenalan baru tak putus-putus bersalaman.
Aku suka, mereka juga suka. Dia juga





Setelah otot-otot itu aku kerah menari rancak;
Setelah tulang temulang itu aku bengkang-bengkokkan;
Setelah tenaga itu habis aku perguna;

Setelah jeritan itu puas aku laungkan;

Kami menjamah hidangan tengah hari yang mewah di Nando's.
RM241.20

Burpppp. Kekenyangan menguasai seluruh jajahan perutku!!




Tepat jam 4.30 petang, aku dan dia bertolak pulang,
Tepat jam 5.15 petang, aku dan dia mendarat di kajang,

Tepat jam 6.45 petang, aku dan dia meluncur ke kampus,
Keletihan, kepenatan.Tiada pula segelumit keresahan.
Tapi wajah keriangan dan kegembiraan yang terlukis.



Akhirnya aku dan dia tersadai di biliknya. Berdua.
Tertidur kami dibuai mimpi. kecundang dengan kepenatan yang amat sangat.



___________________________________________________





Jam 11 malam.

Aku dan dia terjaga.

Membersih diri.
Menjamu selera remaja.
Dan kehidupan kembali seperti biasa...


Muhamad Safwan Pevensie

Warna-warni Pelangi

Sore itu,
Matahari mencarak membakar ubun-ubun kepala yang terdedah dimamah kepanasan.


Tatkala sedang aku berdiri di situ,



Gerimis muncul membasahi bumi. Kebenciaan mula timbul. Mengapa harus engkau hadir gerimis? Aku ingin matahari. Cahaya itu aku ingin. Tapi kau?? sekadar bencana aku anggap. Aku memaki sendirian....





Lama aku berdiri di situ.











Lama...


















Sangat lama...























Gerimis merajuk hati dengan aku. Gerimis berlari berhenti menyimbah bumi. Tapi aku mula tersenyum. Senyuman itu manis. Lebih dari madu, tidak kurang dari tebu. Aku tersenyum.






Kerna, gerimis hadir semata ingin menghadiahkan pelangi kepadaku.






Cantik.
Indah.




Aku kagum, ciptaan Illahi itu sungguh teliti. Dari pangkal ini, ke hujung itu. Pelangi mengingatkan aku kepada sesuatu.






Kepada ini....








Warnanya bagai pelangi.
Manisnya tidak terperi.


Aku ingin ini.
Bukan esok,
Bukan lusa,
Bukan juga tulat....





Sekarang juga bukan.






Mungkin suatu hari nanti. Bersama dia....
Insan bernama sahabat. Sebelum dia pergi, jauh beribu batu. Tinggal aku sendiri dipisah lautan dan benua.



Tapi aku akan sentiasa tetap tersenyum.
Aku suka...

Aku ingin pelangi itu!!



Ingin aku capai pelangi itu...!


Mari kita melompat dan terbang!!!




Aku janji...

Aku, dia, kau, kamu, mereka, kita semua akan cuba mencapai pelangi itu.




Kerna ia cantik seindah persahabatan ini....





Muhamad Safwan Pevensie

Air Mata Tikar Sembahyang

Semalam....


Tatkala purnama masih terang menyimbah cahaya ke bumi, tatkala sang kelembai masih enak diulit mimpi, tatkala embun subuh membasahi dedaun yang menghijau dan tatkala aku duduk seorang diri menahan kesejukan hempasan angin malam yang membeku.


Aku sejuk.
Menggigil.
Bukan dek ketakutan tetapi dek kesejukan malam itu.




Lantas pagi itu...
Aku bangun menggerakkan hati memaksa diri berdiri. Berjalan bukan berlari. Dengan langkah yang senyap tetapi penuh yakin. Bebekalkan sekeping hati, aku melangkah masuk.



Air yang mengalir pagi itu dingin tapi tidak pula membeku. Kedinginannya menusuk liang-liang di mukaku. Tangan aku basuhi dengan sempurna. Kuusap air dingin itu ke ubun-ubunku. Ku alirkan air dingin itu ke kakiku. ku ratakannya dari telapak kaki hingga ke buku lali. Aku dapat merasakan, air dingin itu membawa pergi dosa-dosaku. Jika dapatku lihat, pasti basuhan itu hitam, pekat, likat warnanya.




Owh........................




Owh, terlalu banyak aku menanggung dosa,
Beban pahala pula aku jinjing dengan mudah.
Adilkah aku???
Pada diri sendiri?



Keadaan dinihari itu..



Senyap


Sunyi


Sepi



Gelap


Gelita



Aku rangkul kekuatan itu. Berdiri sebagai seorang hamba.

Yang maha hina

Yang amat kerdil

Yang sangat berdosa





Satu demi satu aku lakukan. Aku niatkan kerana Dia. Aku Rukuk Kerana Dia, Aku sujud juga kerana Dia. Aku menggunakan lafaznya tanpa henti.


Taubah;

Tahajjud;

Hajat;

Witir.



4 mereka bersatu malam itu. Dengan niat yang ikhlas....Aku pasti, Ya aku pasti keihklasan itu wujud pagi itu.


Tatkala leka merukuk, tatkala asyik sujud ke hadratNya,air mata jernih it mengalir tanpa henti. Deras. Tak mampu aku mencari kudrat menghentikannya. Ia mengalir, dan terus mengalir. Deras dan semakin deras. Esakan diriku yang hina mulai mengetuk gegendang telingaku, memecah kesunyian.


Dalam solat itu......
Teringat aku dosa yang lalu,
Terkenang aku maksiat dahulu,
Tersentak aku dek kesalahan lepas.


Aku dahulu....
Begitu dan begini,
Di situ dan di sini,
Itu dan ini...


Tikar sembahyang itu jarang-jarang aku sentuh. Kalam hikmahnya jarang-jarang aku ungkapkan. Tapi dunia yang aku hebohkan. Dosa yang aku banggakan. Maksiat yang aku canangkan. Apakah??


Pagi itu,
Air mata itu keluar membebaskan debu-debu dosa dahulu. Tikar solat itu semakin berat menampung linangan keji aku. Linangan penyesalan dan kekesalan menjadi topeng wajahku dinihari itu. Aku sedar, aku selama ini......




Berlari jauh dari cahaya itu;
Tapi mengejar lubang hitam yang tak kutahu dasarnya.





Pagi itu, aku terasa sangat baharu.


Sahabatku di situ, aku peluk. Erat. Mengalir air mata ini. Sekali lagi.
Sahabat ini, aku tatap. Menangis pula hati kecil aku.
Sahabat di sana, aku tertawa bersamanya, Terasa nikmat Silaturrahim itu.
Sahabat di sini, aku bermain kata dengannya. Hilang kesunyian itu.




Pagi itu,
Tikar sembahyang menyedarkan aku.
Aku tersentak dari lamunan..


Aku kini berjalan ke belakang mencari persimpangan yang dahulu.
Mengutip kuntuman pahala,
Menabur kelopak dosa.




Tuhan,
Aku rindu Kamu.







Muhamad Safwan Pevensie

Dinihari Empat, Aku Meluahkan

Hari ini,


Aku berjalan lagi. Mengutip sisa-sia kenangan lalu. Satu demi satu aku tatap, aku kupas, aku hirup, aku telan dan ia kekal di dalam aku. Bukan semua aku hirup.

Ada yang aku campak jauh-jauh. Jauh dari aku.


Aku terus berjalan lagi.


Sedikit demi sedikit mencedok pengalaman dari manusia-manusia yang mundar-mandir dalam hidupku. Kata-kata mereka, gerak-geri mereka, bual-bicara mereka, budi-pekerti mereka, kasih-sayang mereka. Semua aku cedok ke dalam belanga hidup.


Aku tutup, simpan dan guna bila perlu. Aku tahu, aku mungkin pinginkannya.

--------------------------------------------------------------------------

Kalau dulu aku meniarap dan merangkak, kini aku mampu berdiri, belajar untuk bertatih. Awan masih jauh untuk aku gapai, langit terlalu tinggi untuk aku capai.


Aku hanya berdiri. Di atas kaki sendiri dengan bantuan dia, kau, kamu, dan mereka semua. Aku sudah bangkit, bangun dan berdiri.




Tapi sakit.

Sudah lama tertiarap mungkin.

Tidak bertongkat, tidak berpasak.

Hanya kekuatan menjadi paksi.





Aku mulai senyum melihat mentari mencarak memancar cahaya kebahagian, mendengar kicipan unggas mendendang lagu cinta, menghirup udara sesuci keihklasan abadi dan merasai badai angin petang yang menghempas ke tubuhku meleraikan segala kekusutan yang mebelenggu.


Bulan bintang pula tidak pernah jemu mendengar luahan hati aku.



TAPI...
Sayangnya, mereka hanya mampu mendengar tapi tak mampu bertutur.




Mereka tidak pekak,




Tidak pula buta,





Bisu pun tidak.



Tapi lumrah mereka begitu dan lumrah aku begini.....




Aku akur.

Tiada lagi tangisan. Senyuman tawar mula terukir. Dan aku yakin...
Manisnya senyum aku itu akan kelihatan jua.


Bila??
Masa yang menentukan.



Aku kembali duduk, dan masuk ke alam nyata. Buku itu, kawan aku kini...





Muhamad Safwan Pevensie

Kelahiran Semula Aku

Meniti satu demi satu hari dengan hati yang resah dan jiwa yang kosong.

Jika orang kata penantian itu satu penyeksaan; aku akan bangun berdiri menjerit mengatakan bahawa 'penantian itu satu penyeksaan dan kesunyian itu satu pembunuhan yang kejam'

Segalanya kosong.


Yang ada hanya aku, aku dan aku seorang.


Mentari yang menjadi teman di kala siang. rembulan pula berganti kala malam. bintang di langit hitam menjadi peneman and cengkerik penjadi penghibur kala sunyi. bukit itu aku daki seorang dari, menjamah segalanya seorang diri. diriku tiada peneman. yang ada hanya aku seorang diri.



Namun aku gagahkan juga.


I need someone to fill my empty heart. true friends.....



Jiwa kacau....MOOD ON!!


Muhamad Safwan Pevensie

Monday 3 May 2010

Sunyi itu Sepi

Meniti satu demi satu hari dengan hati yang resah dan jiwa yang kosong.



Jika orang kata penantian itu satu penyeksaan; aku akan bangun berdiri menjerit mengatakan bahawa 'penantian itu satu penyeksaan dan kesunyian itu satu pembunuhan yang kejam'




Segalanya kosong.



Yang ada hanya aku, aku dan aku seorang.



Mentari yang menjadi teman di kala siang. rembulan pula berganti kala malam. bintang di langit hitam menjadi peneman and cengkerik penjadi penghibur kala sunyi. bukit itu aku daki seorang dari, menjamah segalanya seorang diri. diriku tiada peneman. yang ada hanya aku seorang diri.




Namun aku gagahkan juga.






I need someone to fill my empty heart. true friends.....



Jjiwa kacau....MOOD ON!!


Muhamad Safwan Pevensie